.:Sila Gunakan Internet Explorer 8.0 Untuk Paparan Terbaik:.

top hostgator coupon

Cuti Umum 2010 Bagi Negeri Kelantan (.doc)
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Pegawai Kerajaan 2010 (.doc)
Kalendar Persekolahan 2010 (.doc)
Kalendar Islam 2010 (.pdf)
Peta Lokasi SMK Tiang Chandi (.jpg)
Lagu Negaraku [With Minus 1] (.rar)
Lagu Selamat Sultan [With Minus 1] (.rar)
Lagu Sekolah Maju Setia Jaya [With Minus 1] (.rar)

Klik disini untuk menghantar sebarang pertanyaan, cadangan atau aduan anda...

VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi Cemerlang 2010

MISI

Berusaha Melaksanakan Pengurusan Yang Cekap Dan Telus

Berusaha Meningkatkan Kecemerlangan Ko-Kurikulum

Berusaha Membina Akhlak Dan Sahsiah Murni

Berusaha Meningkatkan Persekitaran Yang Ceria Dan Kondusif

Berusaha Menjalinkan Hubungan Yang Erat Antara Warga Sekolah Dengan Ibubapa Dan Masyarakat

MATLAMAT SEKOLAH

Menghasilkan Pelajar-pelajar Yang Cemerlang Di Dalam Peperiksaan Yang Di Tawarkan

Melahirkan Insan Yang Berilmu Dan Bertaqwa

Mewujudkan Persekitaran Yang Konduksif Kepada Warga Sekolah, Ibubapa Dan Masyarakat

Menyediakan Persekitaran Asas Modal Insan Yang Produktif, Inovatif, Berketerampilan Dan Bersemangat Patriotik

Pencapaian Visi Dan Misi Sekolah Melalui Pakatan Kerja Berpasukan Yang Utuh


Hari Guru 2010
Kejohanan Olahraga 2010 (24 Feb 2010)
Pelancaran Bulan Pemantapan Disiplin & Watikah Pel...
Majlis Motivatisi Ibubapa dan Pelajar Calon SPM 20...
Majlis Pemantapan Nilam & Pelantikan Pengawas Perp...
Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Pelajar Calon PMR 2010
Perutusan Awal Tahun Sesi Persekolahan Tahun 2010 ...
Keputusan PMR 2009
Step By Step Cara Membuat Sijil Menggunakan Mail M...
Panduan Membeli Komputer Peribadi


Disember 2009 Januari 2010 Februari 2010 Mac 2010 Mei 2010


Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
PPD Pasir Mas



Portal SchoolNet
Portal Pendidikan Utusan
Portal Pendidikan Kelantan
Akademik 2u
Microsoft Office Online Tutorial



Berita Harian Online
Harian Metro Online
Utusan Malaysia Online
Kosmo Online
The New Straits Times
Sinar Harian Online



SMK Mahmud Mahyidin
SK Banggol Chicha
SK Batu Gajah
SK Rambong Pulai
SMK Tok Janggut
SK Manek Urai Baru
SK Seri Melor
SK Beris Panchor


Selasa, 29 Disember 2009
Keputusan PMR 2009
Senarai Pelajar Yang Berjaya:
8A
1. Mohd Afnan Hamdan
Photobucket
7A
1. Mohd Nazir Mohd Nawawi
2. Mohd Akmal Sidi
3. Nurul Atika Fauzi
4. Nur Kamilah Mohd Kamal
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Senario Sekitar Hari Keputusan
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Tahniah kepada mereka yang berjaya dengan cemerlang!
Selasa, 22 Disember 2009
Step By Step Cara Membuat Sijil Menggunakan Mail Merge (Microsoft Office 2003)
Apa yang anda perlukan:
1. Sijil asal dalam Mocrosoft Office Word

2. Data pelajar dalam Microsoft Office Excell


Cara-cara:
1. Buka sijil asal dalam Word
2. Pilih Tools->Letter and Mailings->Mail Merge... dari menu

3. Pilih Letters dari Select document type dan klik Next: Starting Document

4. Pilih Use the current document dari Select starting document dan klik Next: Select recipients

5. Pilih Use an existing file dari Select recipients dan klik Browse... pada Use an existing list. Cari file data dalam Excel yang anda simpan sebelumnya dan klik Open. Pilih Sheet1$ (bergantung pada sheet data anda).

6. Klik OK

7. Klik OK

8. Klik Next: Write your letter

9. Klik pada tempat pertama (contoh Name:_) yang ingin anda masukkan data. Klik More items... pada Write your letter dan pilih data pertama (contoh Nama Calon) yang ingin anda masukkan. Klik Insert dan Close. Ulang langkah ini sehingga semua data yang anda ingin masukkan selesai


10. Klik Next: Preview your letters

11. Klik Next: Complete the merge

12. Klik Print untuk print semua sijil yang telah siap ataupun untuk simpan dan edit klik pada Edit individual letter. Pilih All dan klik OK

13. Tahniah! Anda baru sahaja selesai membuat 100 atau 200 keping sijil hanya dengan sekali proses sahaja. Jimit masa dan tenaga. Teknologi adalah untuk kemudahan semua. Belajarlah untuk kemudahan anda. Selamat mencuba...


Nota: Klik pada gambar pada bila-bila masa untuk paparan lebih jelas
Khamis, 10 Disember 2009
Panduan Membeli Komputer Peribadi

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa anda membeli sesebuah komputer peribadi:

1. Processors (CPU)
Perkara paling penting semasa membeli komputer peribadi adalah mengetahui kekuatan dan kelajuan processor komputer tersebut. Terdapat dua jenis processor di pasaran iaitu Intel dan AMD. Perbezaan di antara kedua jenis processor ini adalah bergantung kepada pembeli sendiri. Pembeli mestilah mengetahui tujuan komputer tersebut dibeli. Bagi yang mementingkan grafik dan permainan video, AMD adalah pilihan terbaik dan bagi penggunaan untuk kerja dan pejabat, Intel adalah pilihan. Dari segi harga, kebiasaannya harga pasaran sekarang, AMD adalah lebih murah berbanding Intel. Walaupun begitu, menurut pengalaman peribadi penulis, Intel adalah lebih disyorkan kerana kestabilan processornya. Intel mempunyai pelbagai jenis processornya tersendiri mengikut peredaran teknologi. Berikut adalah jenis-jenis processor Intel:
1. Intel Core i7 Extreme Edition (terbaru)
2. Intel Core i7
3. Intel Core i5
4. Intel Core2 Extreme
5. Intel Core2 Quad
5. Intel Core2 Duo
6. Intel Pentium (tahun 90an)
7. Intel Celeron (tahun 80an)

2. Memory (RAM)
Perkara yang perlu juga dititik beratkan semasa membeli komputer adalah mengetahui saiz RAM komputer tersebut. Kenapa? Apa itu RAM? RAM adalah memory bagi sesebuah komputer. Lebih besar memory sesebuah komputer, lebih cepat data dapat diproses, dengan itu komputer akan lebih laju. Apabila komputer anda terlalu perlahan dan selalu stuck, berkemungkinan besar komputer anda memerlukan RAM yang lebih besar. Kebiasaannya motherboard pada masa sekarang boleh dipasang RAM sehingga 4G kapasiti. Bagi yang belum biasa dengan komputer mesti keliru apa itu 256MB, 512MB, 1G, 2G dan seterusnya. Ini adalah saiz RAM. 512MB adalah lebih besar dari 256MB, 1G (1000MB) adalah lebih besar dari 512MB dan seterusnya. Bagi yang memerlukan komputer yang laju, pilihlah RAM yang lebih besar. RAM juga mempunyai pelbagai jenis; SDRAM, DDR, DDR2 ataupun DDR3 (yang terbaru). Ketahuilah jenis RAM komputer anda jika anda ingin membeli RAM bagi tujuan upgrade kelajuan komputer.

3. Hard Disk Drive (HDD)
Hard Disk adalah tempat simpanan segala data, fail, kerja anda di dalam komputer. Bagi yang mempunyai fail-fail yang banyak dan besar, carilah Hard Disk yang berkapasiti besar. Hard Disk yang paling kecil kapasiti pada masa sekarang di pasaran adalah 160G dan yang paling besar untuk komputer peribadi adalah 500G. Untuk memastikan komputer anda berjalan dengan lancar, carilah Hard Disk yang sederhana. 160G adalah sudah memadai dan janganlah cari saiz yang terlalu besar seperti 500G kerana berkemungkinan komputer anda anda menjadi perlahan.

4. Optical Drive (CD/DVD)
CD atau DVD drive adalah bergantung kepada pembeli sendiri. Pada cadangan penulis, belilah sekurang-kurangnya DVD ROM kerana kebanyakkan sekarang menggunakan DVD, tidak lagi CD kerana kapasiti data DVD adalah lebih besar. Anda mungkin terkejut apabila memasukkan DVD yang baru dibeli (pada sangkaan anda CD biasa) ke dalam CD ROM dan tidak boleh dibaca. Sudah tentu DVD tersebut tidak boleh dibaca oleh CD ROM dan anda menyatakan CD itu rosak. Lebih teruk lagi anda memulangkan semula kepada kedai CD tersebut dengan menyatakan CD itu rosak. Ini semua berdasarkan pengalaman penulis. Untuk selamat dan tidak memalukan, belilah sekurang-kurangnya DVD ROM. DVD ROM boleh baca CD dan DVD. Untuk yang memerlukan burn data, carilah DVD ROM/CD-RW (untuk burn CD sahaja) ataupun yang terbaru DVD-RW (untuk burn CD dan DVD). Di sini adalah panduan paling mudah:
1. CD ROM = hanya boleh baca CD sahaja
2. CD+/-RW = baca CD dan burn CD sahaja
3. DVD ROM = baca CD dan DVD sahaja
4. DVD ROM berserta CD+/-RW = baca CD dan DVD; burn CD sahaja
5. DVD+/-RW = baca CD dan DVD; burn CD dan DVD

Banyak lagi spesifikasi untuk membeli sebuah komputer seperti graphic card, sound card, dan bermacam-macam lagi tetapi spesifikasi di atas adalah yang asas dan terpenting. Monitor contohnya adalah bergantung kepada pembeli. Monitor terbaru di pasaran adalah monitor LCD tetapi anda boleh juga menggunakan monitor CRT (model lama), bergantung kepada kegunaan individu sendiri. Diharap panduan ini dapat membantu anda untuk memilih komputer peribadi anda. Janganlah sesekali tertipu dengan tawaran-tawaran hebat tanpa memeriksa terlebih dahulu spesifikasi komputer tersebut. Janganlah terpengaruh dengan 'casing' komputer itu sahaja. Kebanyakkan taktik penjual menggunakan casing CPU yang hebat dan canggih untuk mengelirukan mata pengguna. Seperti kata pepatah 'don't judge a book by it's cover'. Bertindaklah seperti yang mahir walaupun anda baru sahaja belajar. Selamat membeli...
Rabu, 9 Disember 2009
Step By Step Cara Membina Email (Yahoo Mail!)
1. Klik kanan disini dan pilih Open in New Window untuk masuk ke yahoo email page.

2. Klik 'Sign Up' seperti dalam gambar.

-sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-


3. Isi form yang disediakan dengan lengkap (rujuk gambar).

-sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-


4. Isi maklumat security, alternate email (rujuk gambar), verification text dan klik 'Create My Account' apabila semuanya telah lengkap (rujuk gambar).

-sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-


6. Tahniah! Anda baru sahaja berjaya membina akaun email.

-sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-


6. Contoh akaun email anda adalah seperti berikut.

-sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-
Step By Step Cara Membina Email (Gmail)
1. Klik kanan disini dan pilih Open in New Window untuk masuk ke google email page.

2. Klik 'Create an account' seperti dalam gambar.

-sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-


3. Isi form yang disediakan dengan lengkap (rujuk gambar).

-sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-


4. Isi maklumat security, alternate email (rujuk gambar) dan verification text.

-sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-


5. Klik 'I accept. Create my account' seperti dalam gambar.

-sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-


6. Tahniah! Anda baru sahaja berjaya membina akaun email.

-sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-


7. Contoh akaun email anda adalah seperti berikut.

-sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas-
Khamis, 3 Disember 2009
Banjir